Wednesday, 11 March 2015

HUBUNGAN TERLARANG

Hubungan lelaki dan perempuan yang bukan mahram telah menjadi satu fenomena biasa yang tidak lagi dianggap janggal oleh masyarakat Islam sendiri. Melihat lelaki dan perempuan berpapasan berjalan dijalanan, berpimpin tangan, minum bersama, bergelak ketawa juga tidak dianggap sebagai suatu yang terlarang. Seorang isteri boleh keluar makan bersama lelaki yang bukan suaminya di waktu rehat tengahari atas nama "persahabatan".Kereta rakan sepejabat lelaki boleh ditumpang seorang perempuan untuk ke pejabat lalu berdua-duaan selama lebih setengah jam dengan pelbagai topik perbualan yang diselangi dengan gurau senda. malah ia berlaku dengan permintaan suami. Seorang wanita boleh menjawab telefon seorang lelaki dengan penuh gelak ketawa di hadapan sang suami.

Inilah bala yang mula menimpa umat akhir zaman. Perkara mungkar tidak lagi dianggap mungkar bahkan mungkin dianggap makruf oleh sebahagian umat Islam.Malah yang mungkar itu yang disuruh. Yang makruf akan dilarang. Jika ditegur perlakuan salah, akan ada yang berkata; apa salahnya lelaki keluar minum dengan wanita rakan sepejabat. APA SALAHNYA? MEMANG SALAH! TAPI YANG SALAH DIANGGAP MAKRUF.

Baginda Rasulullah saw pernah menimbulkan persoalan ini:

كَيْفَ أَنْتُمْ إِذَا لَمْ تَأْمُرُوا بِالمَعْرُوفٍ وَلَمْ تَنْهَوْا عَنْ المُنْكَرٍ ؟ قَالُوا : وَكَائِنٌ ذَلِكَ يَا رَسُولَ اللهِ ؟ قَالَ : نَعَمْ ، وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ وأَشَدّ مِنْهُ سَيَكُونُ ، قَالُوا : وَمَا أّشَدُّ مِنْهُ يَا رَسُولَ اللهِ ؟ قاَلَ : كَيْفَ أَنْتُمْ إِذَا رَأَيْتُمُ الْمَعْرُوفَ مُنْكرًا ، وَرَأَيْتُمُ الْمُنْكَرَ مَعْرُوفًا ؟ قَالُوا : وَكَائِنٌ ذَلِكَ يَا رَسُولَ اللهِ ؟ قَالَ : نَعَمْ ، وَأشَدّ مِنهُ سَيكُونُ ، قَالُوا : وَمَا أَشَدُّ مِنْهُ ؟ قَالَ : كَيْفَ أَنْتُمْ إِذَا أَمَرْتُمْ بِالْمُنْكَرِ ، وَنَهَيْتُمْ عَنِ الْمَعْرُوفِ ؟ قَالُوا : وَكَائِنٌ ذَلِكَ يَا رَسُولَ اللهِ ؟ قَالَ : نَعَمْ ، وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ وَأَشَدّ مِنْهُ سَيَكُونُ ...)) 
maksudnya:"Bagaimanakah keadaan kamu apabila kamu tidak lagi menyuruh melakukan makruf dan tidak mencegah kemungkaran? Sahabat bertanya: adakah ia akan berlaku? Baginda menjawab; Ya, demi jiwaku yang berada di tanganNya malah yang lebih dahsyat lagi pun akan berlaku> mereka bertanya; apakah yang lebih dahsyat itu? baginda menegaskan; bagaimanakah keadaan kamu apabila kamu melihat yang makruf itu sebagai mungkar dan yang mungkar pula sebagai makruf. mereka bertanya; adakah ia berlaku ya rasulillah saw? baginda menjawa; ya, malah yang lebih dahsyat lagi pun akan berlaku. mereka bertanya; apakah yang lebih dahsyat itu? baginda menjawab; bagaimanakah keadaan kamu apabila kamu menyuruh melakukan yang mungkar dan mencegah perkara yang makruf. Sahabat bertanya; adakah ia berlaku ya Rasulallah saw? Baginda menjelaskan; ya malah lebih dahsyat lagipun akan berlaku....
kenapa ini berlaku? Bagi saya inilah kejayaan media massa menerusi tv dan akhbar yang telah berjaya mempromosi gaya hidup yang menjadikan hubungan bebas lelaki dan perempuan yang bukan mahram sebagai satu keperluan bersosial demi membina tamadun kononnya. Justeru, apakah jihad utama kita hari ini? 

jawabnya ialah menguasai media-media ini untuk meminimakan impak negatifnya sekiranya menghalangnya secara total di luar kemampuan. Setiap orang perlu bertindak dalam ruang lingkup kemampuannya samada sebagai pemimpin yang berkuasa, atau rakyat yang boleh bersuara.

No comments:

Post a Comment