PENGENALAN
Muassasah Darul Fuqaha atau nama ringkasnya DARUL FUQAHA merupakan sebuah badan amanah yang bergiat di bidang pendidikan, dakwah dan kebajikan sejak 2004
Ia diasas serta diuruskan oleh Ybhg Ust Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri, seorang pendakwah, pendidik dan ahli perniagaan serta bekas pensyarah di UIA dan UKM.
Ia ditubuhkan dengan satu VISI iaitu menjadi satu gerakan dakwah, pendidikan, kebajikan dan ekonomi yang menyumbang kepada perkembangan Islam dan pembinaan tamadun umat manusia di Malaysia khususnya dan di dunia umum.
Misinya ialah
1. menjadi sebuah Pusat Pendidikan Islam yang melahirkan umat yang beriman dan bertaqwa yang bersedia mewakafkan hidupnya dan dirinya untuk Islam seterusnya berusaha membangunkan tamadun dunia berasaskan panduan al-Qur’an dan al-Sunnah dan
2. menjadi Pusat Pembangunan Sosio Ekonomi yang berusaha membangunkan kekuatan ekonomi umat serta menyediakan bantuan kebajikan kepada golongan yang memerlukan bantuan supaya mereka sentiasa dekat dengan Islam.