Wednesday, 23 December 2015

Majlis Fatwa Kebangsaan putuskan vape haram

Majlis Fatwa Kebangsaan putuskan vape haram

22 Disember 2015

SEPANG - Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan hukum penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin pada sidang media selepas Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia di sini malam tadi.

Beliau berkata semua ahli muzakarah bersetuju dengan memberi pandangan hukum bahawa penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram.

Katanya keputusan itu dibuat setelah membuat pertimbangan daripada semua sudut termasuk syariah, perubatan dan saintifik serta unsur pembaziran dan budaya tidak sihat.

"Dua kertas kerja turut dibentangkan pada malam ini, dari sudut kesihatan dan syariah," katanya.

Muzakarah itu turut dihadiri mufti, timbalan mufti negeri-negeri dan ahli-ahli yang dilantik Majlis Raja-raja.

Abdul Shukor berkata kajian dari sudut kesihatan turut diambil kira hasil maklumat yang diperoleh daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang melakukan pengumpulan maklumat mengenai kesan penggunaan bahan itu di seluruh dunia.

"Malah pakar kesihatan juga mendapati vape dan rokok elektronik tidak dapat membantu perokok dan perokok tegar untuk berhenti merokok," katanya.

Abdul Shukor berkata penggunaan vape dan rokok elektronik diharamkan berdasarkan Qaedah Saad al-Zarala iaitu menutup keburukan lebih besar dan lebih bahaya yang mungkin berlaku pada masa hadapan.

Beliau berkata penggunaan rokok elektronik dan vape boleh diibaratkan seperti menghisap rokok konvesional, yang mengandungi pelbagai bahan
beracun.  

"Pihak berkuasa atau pemerintah boleh membuat keputusan pengharaman vape jika ada kepentingan umum dan kebaikan.

"Keputusan pada malam ini juga adalah selari dengan pendapat di beberapa negara Islam lain termasuk Bahrain, Kuwait, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu," katanya sambil menambah penggunaan rokok elektronik dan vape turut diharamkan di beberapa negara bukan Islam.

Sejajar dengan keputusan yang dibuat, Abdul Shukor turut mengesyorkan negeri-negeri lain mengikuti keputusan yang dibuat Majlis Fatwa Kebangsaan itu.

"Malah ada pihak berkuasa di beberapa negeri lebih awal membuat keputusan pengharaman penggunaan bahan itu termasuk Johor, Kedah, Kelantan, Wilayah Persekutuan dan Perak," katanya. - Bernama

Tuesday, 17 November 2015

Pengambilan Pelajar Sesi 2016

DARUL FUQAHA
(Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha  & Institut Pintar Tahfiz Fuqaha)

Institut Pengajian Tahfiz & Akademik
Sg. Merab, Bangi

DARUL FUQAHA menekankan pembentukan sakhsiyah menerusi solat berjamaah yang diwajibkan kepada pelajar, solat sunat Dhuha, bacaan al-Quran dan hafazan antara Maghrib dan Isya serta sebelum Subuh di samping kelas hafazan 8 pg - 11 pg, kelas talaqqi dan pelbagai program ilmu dan pendidikan.

PENGAMBILAN PELAJAR 2016 DIBUKA untuk

# Jurusan Tahfiz & Akademik - Tingkatan 1
# Jurusan Tahfiz Sepenuh Masa

Hubungi
+60192677703 Ust Azlan
+60199872969 Ust Zulkarnain

Nota : Yuran Pengajian PERCUMA untuk Anak-Anak Yatim

www.darulfuqaha2004.blogspot.com

Sunday, 1 November 2015

Wakaf Kompleks Darul Fuqaha

WAKAF KOMPLEKS DARUL FUQAHA

DARUL FUQAHA sebuah institusi pendidikan integrasi tahfiz dan akademik sedang menyiapkan bangunan 2 tingkat KOMPLEKS DARUL FUQAHA dengan kos terkini dijangka RM200k. Bangunan telah siap 85%. RM30k lagi diperlukan. Para penyumbang dialu-alukan. Bankin sumbangan wakaf ke Akaun Maybank "Akademi Tahfiz Fuqaha" 562263518583. Whatsap ke 0133621236 untuk rekod sumbangan.

Dato' Dr Khairuddin at-Takiri
Pengerusi Darul Fuqaha

Monday, 26 October 2015

WAKAF TUNAI KOMPLEKS DARUL FUQAHA



WAKAF TUNAI KOMPLEKS DARUL FUQAHA
DARUL FUQAHA, Bangi mengalu-alukan sumbangan Wakaf Tunai untuk menyiapkan bangunan Kompleks yang sedang dibina. RM30k lagi diperlukan daripada keseluruhan kos RM200k.
Sumbangan Wakaf boleh dikreditkan ke akaun Maybank Akademi Tahfiz Fuqaha No Akaun 562263518583. Makluman sumbangan boleh whatsap ke 0133621236
Darul Fuqaha merupakan institusi pengajian integrasi Tahfiz & Akademik diasaskan oleh YB Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Sabda Rasulullah saw: "Harta tidak berkurang kerana Sedekah". Hadis Tirmizi

Thursday, 18 June 2015

Wednesday, 17 June 2015

Majlis Iftar Amal bersama Tuan Guru Dato Dr Harun Din

MAJLIS IFTAR AMAL DARUL FUQAHA bersama TUAN GURU DATO DR HARUN DIN
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Tuan/Puan Hamba Allah yang dirahmati,

Selamat beribadah sepanjang Ramadhan Mubarak.
DARUL FUQAHA menjemput para dermawan untuk bersama-sama dalam Majlis berikut:

"MAJLIS IFTAR AMAL & SOLAT TARAWIH" bersama Tuan Guru Dato' Dr Harun Din Meraikan AnakYatim & Tahfiz Darul Fuqaha

Sabtu 4 Julai 2014 (5 ptg - 9 mlm)
The Everly Hotel, Putrajaya

Tajaan Sumbangan RM150/orang

Majlis bertujuan mengumpul Dana Pengurusan dan Dana Wakaf Tanah untuk DARUL FUQAHA.
Darul Fuqaha merupakan institusi pendidikan integrasi Tahfiz dan Akademik untuk anak-anak yatim, faqir miskin dan orang awam beroperasi di Sg. Merab, Bangi, Selangor

Boleh hubungi kami: 

Ust Azlan 0192677703
Ust Harme 0192121972
Ust Zul 0199872969

www.darulfuqaha2004.net
email ; attakiri2011@gmail.com

WAKAF TUNAI KOMPLEKS DARUL FUQAHA

DARUL FUQAHA

INSTITUT PENDIDIKAN INTEGRASI TAHFIZ & AKADEMIK
SG MERAB, BANGI, SELANGOR

WAKAF BANGUNAN KOMPLEKS DARUL FUQAHA RM150K

Sempena Ramadhan Mubaarak DARUL FUQAHA mengalu-alukan Sumbangan Wakaf Tunai untuk menyiapkan Bangunan Kompleks Darul Fuqaha berkeluasan 2208 kp (2 tingkat) untuk dewan, kelas dan pejabat dengan kos jangkaan rm150k. Sehingga Jun 2015 60% telah disiapkan
Ibnu Abbas meriwayatkan:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ بِالْخَيْرِ وَكَانَ أَجْوَدَ مَا يَكُونُ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ 

Rasulullah saw adalah orang yang paling dermawan dan berkebajikan. Baginda menjadi lebih dermawan pada bulan Ramadhan" Hadis Sahih Muslim

Bankin ke Bank Islam "Dana Pembangunan Darul Fuqaha"
12029010045684

Sms makluman sumbangan ke no 0133621236 (Dato Dr Khairuddin)

Moga segala sumbangan jariyah kita dimasukkan sebagai sebahagian neraca amal kita. Aamin.