Wednesday, 11 March 2015

HUBUNGAN TERLARANG

Hubungan lelaki dan perempuan yang bukan mahram telah menjadi satu fenomena biasa yang tidak lagi dianggap janggal oleh masyarakat Islam sendiri. Melihat lelaki dan perempuan berpapasan berjalan dijalanan, berpimpin tangan, minum bersama, bergelak ketawa juga tidak dianggap sebagai suatu yang terlarang. Seorang isteri boleh keluar makan bersama lelaki yang bukan suaminya di waktu rehat tengahari atas nama "persahabatan".Kereta rakan sepejabat lelaki boleh ditumpang seorang perempuan untuk ke pejabat lalu berdua-duaan selama lebih setengah jam dengan pelbagai topik perbualan yang diselangi dengan gurau senda. malah ia berlaku dengan permintaan suami. Seorang wanita boleh menjawab telefon seorang lelaki dengan penuh gelak ketawa di hadapan sang suami.

Inilah bala yang mula menimpa umat akhir zaman. Perkara mungkar tidak lagi dianggap mungkar bahkan mungkin dianggap makruf oleh sebahagian umat Islam.Malah yang mungkar itu yang disuruh. Yang makruf akan dilarang. Jika ditegur perlakuan salah, akan ada yang berkata; apa salahnya lelaki keluar minum dengan wanita rakan sepejabat. APA SALAHNYA? MEMANG SALAH! TAPI YANG SALAH DIANGGAP MAKRUF.

Baginda Rasulullah saw pernah menimbulkan persoalan ini:

كَيْفَ أَنْتُمْ إِذَا لَمْ تَأْمُرُوا بِالمَعْرُوفٍ وَلَمْ تَنْهَوْا عَنْ المُنْكَرٍ ؟ قَالُوا : وَكَائِنٌ ذَلِكَ يَا رَسُولَ اللهِ ؟ قَالَ : نَعَمْ ، وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ وأَشَدّ مِنْهُ سَيَكُونُ ، قَالُوا : وَمَا أّشَدُّ مِنْهُ يَا رَسُولَ اللهِ ؟ قاَلَ : كَيْفَ أَنْتُمْ إِذَا رَأَيْتُمُ الْمَعْرُوفَ مُنْكرًا ، وَرَأَيْتُمُ الْمُنْكَرَ مَعْرُوفًا ؟ قَالُوا : وَكَائِنٌ ذَلِكَ يَا رَسُولَ اللهِ ؟ قَالَ : نَعَمْ ، وَأشَدّ مِنهُ سَيكُونُ ، قَالُوا : وَمَا أَشَدُّ مِنْهُ ؟ قَالَ : كَيْفَ أَنْتُمْ إِذَا أَمَرْتُمْ بِالْمُنْكَرِ ، وَنَهَيْتُمْ عَنِ الْمَعْرُوفِ ؟ قَالُوا : وَكَائِنٌ ذَلِكَ يَا رَسُولَ اللهِ ؟ قَالَ : نَعَمْ ، وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ وَأَشَدّ مِنْهُ سَيَكُونُ ...)) 
maksudnya:"Bagaimanakah keadaan kamu apabila kamu tidak lagi menyuruh melakukan makruf dan tidak mencegah kemungkaran? Sahabat bertanya: adakah ia akan berlaku? Baginda menjawab; Ya, demi jiwaku yang berada di tanganNya malah yang lebih dahsyat lagi pun akan berlaku> mereka bertanya; apakah yang lebih dahsyat itu? baginda menegaskan; bagaimanakah keadaan kamu apabila kamu melihat yang makruf itu sebagai mungkar dan yang mungkar pula sebagai makruf. mereka bertanya; adakah ia berlaku ya rasulillah saw? baginda menjawa; ya, malah yang lebih dahsyat lagi pun akan berlaku. mereka bertanya; apakah yang lebih dahsyat itu? baginda menjawab; bagaimanakah keadaan kamu apabila kamu menyuruh melakukan yang mungkar dan mencegah perkara yang makruf. Sahabat bertanya; adakah ia berlaku ya Rasulallah saw? Baginda menjelaskan; ya malah lebih dahsyat lagipun akan berlaku....
kenapa ini berlaku? Bagi saya inilah kejayaan media massa menerusi tv dan akhbar yang telah berjaya mempromosi gaya hidup yang menjadikan hubungan bebas lelaki dan perempuan yang bukan mahram sebagai satu keperluan bersosial demi membina tamadun kononnya. Justeru, apakah jihad utama kita hari ini? 

jawabnya ialah menguasai media-media ini untuk meminimakan impak negatifnya sekiranya menghalangnya secara total di luar kemampuan. Setiap orang perlu bertindak dalam ruang lingkup kemampuannya samada sebagai pemimpin yang berkuasa, atau rakyat yang boleh bersuara.

Friday, 9 January 2015

MAKANAN ROHANI DARUL FUQAHA


Solat berjamaah, membaca dan menghafaz al-Quran serta pelbagai majlis ilmu merupakan antara makanan rohani utama dalam siistm pendidikan di Darul Fuqaha



Wednesday, 10 December 2014

Sunday, 16 November 2014

PENGAMBILAN PELAJAR DARUL FUQAHA DIBUKA

PENGAMBILAN PELAJAR DARUL FUQAHA DI BUKA

Sekolah merupakan institusi pendidikan awal yang akan mencorak manusia pada masa hadapan. Justeru, perjalanan institusi pendidikan ini perlu dijalankan dengan penuh hati-hati dan bertanggungjawab bagi melahirkan manusia yang nanti boleh menyumbang kepada tamadun manusia dan menepati matlamat penciptaan manusia oleh Allah Subhanahu wa Taala. 

Darul Fuqaha merupakan institusi pendidikan Islam yang menyediakan pendidikan bersepadu menggabungkan tiga kurikulum utama, iaitu Hafazan al-Quran, Sukatan Pendidikan Agama dan Sukatan Pengajian Akademik. Ia diasaskan pada 2004 oleh Ust Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri. Ia mempunyai 3 institusi utama iaitu Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha untuk pelajar menengah, Sek Rendah Islam Pintar Tahfiz untuk peringkat rendah dan Kulliyatul Fuqaha untuk pengajian Islam peringkat tinggi.

Sesi Pengajian

Sesi pengajian di peringkat menengah dan rendah bermula seawal jam 5 pg dan berakhir jam 9 mlm dengan penekanan kepada kewajipan Solat Berjamaah dan pembinaan sakhsiyah yang mulia.

5 am - 7 am Hafazan Quran

8 am - 11 am Hafazan Quran

11 am - 5 pm Akademik

7 pm - 9 pm Hafazan al-Quran

Pengajian adalah percuma kepada Anak-anak Yatim dan dengan yuran berpatutan kepada masyarakat awam.


Pengambilan pelajar untuk Tingkatan 1 & Tahun 1-6 dibuka untuk pendaftaran dan sesi temuduga. Sila hubungi

1. Ust Azlan 0192677703

2. Ust Zulkarnain 0197722267

3. Datin Anili 0192665048

Pendaftaran pelajar Kulliyatul Fuqaha untuk lepasan SPM dan STAM sedang dibuka untuk 20 orang sahaja. Sila hubungi Ust Harme 0192121972


KURIKULUM & KOKURIKULUM

Kurikulum dan Ko-Kurikulum Darul Fuqaha mensasarkan objektif berikut
1. Penguasaan Hafazan al-Qur’an
2. Penguasaan kefahaman dan amalan agama
3. Pembentukan nilai akhlak
4. Penguasaan akademik.
5. Penguasaan Bahasa
6. Penguasaan Teknologi Maklumat

Sekian. Terima kasih

Monday, 4 August 2014

Program Ibadah Qurban & Aqiqah 2014/1435H

 DARUL FUQAHA

Program Ibadah Qurban & Aqiqah 2014/1435H di Kemboja, Bangi & Kuala Nerus, Terengganu
di bawah penyeliaan
YB Ust Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Lembu Kemboja rm300/bhgn + sumbangan Guru Quran Kemboja rm70
Lembu Bangi & K Nerus rm500/bhgn
Hubungi
0192677703 (Ust Azlan - Bangi)
0192121972 (Ust Harme- Bangi)
0137722440 (Dr Khairuddin)
0137722450 (Raimi - K Nerus) 

Penyertaan boleh dilakukan secara terus seperti berikut:
1. Bankin bayaran Korban ke akaun Maybank "al marabi management" no akaun 562263504248
2. mms resit bayaran ke 0137722440.
3. sms nama peserta dengan format seperti berikut (mohd azman bin ali/1 bhgn/rm300/kemboja) ke no 0137722440

boleh juga info ke email attakiri2011@gmail.com

---------------------------
Mohon sebarkan seluas-luasnya

Wednesday, 25 June 2014

Perkara Yang Tidak Batalkan Puasa - Seminar Fiqh di Casablanca

Keputusan “Seminar Fekah Perubatan ke-9 yang diadakan di Casablanca, Morroco, 8-11 Safar 1418 bersamaan 14-17 Jun 1997.Menurut Al-Quran dan Hadis yang sahih dari Nabi Muhammad SAW, tiga perlakuan yang boleh membatalkan puasa: Makan, minum dan melakukan hubungan seks. Oleh yang sedemikian, apa-apa bahan yang dapat melalui rongga samada berbentuk pepejal atau cecair dalam apa jumlah sekalipun, ianya boleh membatalkan puasa.

Menurut ahli majlis/peserta seminar tersebut telah sepakat bersetuju bahawa perkara-perkara berikut TIDAK MEMBATALKAN PUASA.

1- Ubat titis mata, titis telinga dan basuh telinga.

2- Ubat tablet bawah lidah yang digunakan oleh pesakit Angina (Jantung).

3- Memasukkan ubat melalui faraj, memasukan alat perubatan, membasuh, spekulum dan jari doktor atau bidan semasa pemeriksaan vagina (sebelum bersalin).

4- Memasukkan teropong ke salur kencing lelaki atau perempuan untuk penyediaan x-ray.

5-Menampal, mencabut, mengorek dan mencuci gigi atau menggunakan alatan dan berus gigi, dengan syarat TIADA apa-apa bahan yang memasuki perut dari prosedur tersebut.

6- Suntikan melalui kulit, otot, sendi atau pembuluh darah, KECUALI memberi makanan melalui pembuluh darah (seperti glukos yang mengenyangkan).

7- Penderma atau menerima pemindahan darah.

8- Oksigen dan Gas Bius.

9- Semua jenis bahan yang boleh menyerap kedalam badan melalui kulit seperti krim, jelly atau plaster berubat.

10- Mengambil sampel darah untuk ujian makmal.

11- Sesalur dan bahan perantara untuk arteriografi (pemeriksaan x-ray khas jantung) atau organ lain.

12- Teropong dalam rongga perut (endiskopi) untuk mencari punca penyakit.

13- Membasuh mulut, berkumur atau semburan mulut, dengan syarat tiada bahan masuk kedalam perut.

14- Teropong ke dalam salur peranakan atau memasukkan alat kedalamnya (contoh; IUCD, alat pencegah kehamilan dalam rahim).

15- Mengambil tisu (biopsi) hati atau organ lain.

Pendapat majoriti peserta menambah perkara berikut juga TIDAK MEMBATALKAN PUASA

1- Ubat titis hidung, semburan hidung (inhalers) dan
ubat sedut.

2- Suntikan ke dalam dubur, teropong dan pemeriksaan digital ke dalam dubur.

3- Pembedahan yeng melibatkan bius sepenuhnya jika pesakit mengambil keputusan (berniat) untuk berpuasa pada malamnya.

4- Mesin atau dialisis buah pinggang melalui perut.

5- Penggunaan teropong perut, dengan syarat tidak memasukkan apa-apa bahan cecair atau bahan seumpamanya kedalam perut. TAMAT.

Alhamdulillah, dengan penjelasan ini semoga terjawab persoalan yang sering menjadi pertanyaan dan kemusykilan bagi para muslimin dan muslimat sekelian. Selamat menjalani ibadat puasa, semoga Allah menerima semua amalan baik kita dan memberi kekuatan dan hidayah untuk kita istiqamah melakukannya.

Akhukum:

Abu Anas Madani,

PSD, 5 Ramadhan 1434H, 14 Julai 2013.

Monday, 23 June 2014

Derma & Sumbangan Ramadhan Diperlukan

Assalamu'alaikum wbt.
Semoga semua dirahmati Allah hendaknya.

~MOHON DISEBARKAN~
Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha merupakan sebuah institusi pendidikan Islam yang memfokuskan pengajian (Tahfiz al-Quran, Agama & Akademik) sejak 2004.
Pelajarnya terdiri daripada kalangan ANAK YATIM & anak ibu tunggal dan faqir miskin lelaki.
Beroperasi di Sungai Merab, Bangi, Selangor.
Pembelajaran mereka adalah PERCUMA tanpa bayaran yuran bulanan dan ditanggung sepenuhnya oleh Darul Fuqaha
Sumber kewangan kami menerusi sumbangan masyarakat yang tidak berkala dan pelbagai sumber lain. Kos pengurusan bulanan termasuk penggajian guru dan lain-lain melebihi rm30k sebulan.
 Oleh itu, bersempena dengan Ramadhan yang bakal tiba, kami mengalu-alukan SUMBANGAN & DERMA daripada masyarakat untuk kelangsungan pembelajaran anak-anak didik Darul Fuqaha.
Sumbangan boleh dimasukkan ke akaun Bank Islam
12029010045695
Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha.
Pertanyaan boleh hubungi Ust Azlan 0192677703: Penolong Kanan Hem & Penyelia Maahad dan Pengetua Ustazah Datin Anili 0192665048

Nabi SAW bersabda:
ما نقص مال عبد من صدقة
"Tidak akan berkurang harta seseorang hamba disebabkan sedekah" Hadis Sahih Tirmizi

Segala sumbangan kami ucapkan jutaan terima kasih & kami mendoakan semoga semua dipermudhkan segala urusan serta dimurahkan rezeki sentiasa. amen. Wassalam wbt

Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha - https://m.facebook.com/Maahadtahfizanakyatimdarulfuqaha?v=timeline&filter=1

Ust Mohd Khairul Azlan Aman Razali
10.40 pg
24 hb Jun 2014