Thursday, 18 June 2015
Wednesday, 17 June 2015
Majlis Iftar Amal bersama Tuan Guru Dato Dr Harun Din
MAJLIS IFTAR AMAL DARUL FUQAHA bersama TUAN GURU DATO DR HARUN DIN
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Tuan/Puan Hamba Allah yang dirahmati,
Selamat beribadah sepanjang Ramadhan Mubarak.
DARUL FUQAHA menjemput para dermawan untuk bersama-sama dalam Majlis berikut:
"MAJLIS IFTAR AMAL & SOLAT TARAWIH" bersama Tuan Guru Dato' Dr Harun Din Meraikan AnakYatim & Tahfiz Darul Fuqaha
Sabtu 4 Julai 2014 (5 ptg - 9 mlm)
The Everly Hotel, Putrajaya
The Everly Hotel, Putrajaya
Tajaan Sumbangan RM150/orang
Majlis bertujuan mengumpul Dana Pengurusan dan Dana Wakaf Tanah untuk DARUL FUQAHA.
Darul Fuqaha merupakan institusi pendidikan integrasi Tahfiz dan Akademik untuk anak-anak yatim, faqir miskin dan orang awam beroperasi di Sg. Merab, Bangi, Selangor
Boleh hubungi kami:
Ust Azlan 0192677703
Ust Harme 0192121972
Ust Zul 0199872969
www.darulfuqaha2004.net
email ; attakiri2011@gmail.com
email ; attakiri2011@gmail.com
WAKAF TUNAI KOMPLEKS DARUL FUQAHA
DARUL FUQAHA
INSTITUT PENDIDIKAN INTEGRASI TAHFIZ & AKADEMIK
SG MERAB, BANGI, SELANGOR
WAKAF BANGUNAN
KOMPLEKS DARUL FUQAHA RM150K
Sempena Ramadhan
Mubaarak DARUL FUQAHA mengalu-alukan Sumbangan Wakaf Tunai untuk menyiapkan
Bangunan Kompleks Darul Fuqaha berkeluasan 2208 kp (2 tingkat) untuk dewan,
kelas dan pejabat dengan kos jangkaan rm150k. Sehingga Jun 2015 60% telah
disiapkan
Ibnu Abbas
meriwayatkan:
كَانَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ بِالْخَيْرِ
وَكَانَ أَجْوَدَ مَا يَكُونُ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ
Rasulullah saw adalah orang yang paling dermawan dan berkebajikan.
Baginda menjadi lebih dermawan pada bulan Ramadhan" Hadis Sahih Muslim
Bankin ke Bank Islam "Dana Pembangunan Darul Fuqaha"
12029010045684
12029010045684
Sms makluman sumbangan ke no 0133621236 (Dato Dr Khairuddin)
Moga segala sumbangan jariyah kita dimasukkan sebagai sebahagian
neraca amal kita. Aamin.
Wednesday, 11 March 2015
HUBUNGAN TERLARANG
Hubungan lelaki dan perempuan yang bukan mahram telah menjadi satu fenomena biasa yang tidak lagi dianggap janggal oleh masyarakat Islam sendiri. Melihat lelaki dan perempuan berpapasan berjalan dijalanan, berpimpin tangan, minum bersama, bergelak ketawa juga tidak dianggap sebagai suatu yang terlarang. Seorang isteri boleh keluar makan bersama lelaki yang bukan suaminya di waktu rehat tengahari atas nama "persahabatan".Kereta rakan sepejabat lelaki boleh ditumpang seorang perempuan untuk ke pejabat lalu berdua-duaan selama lebih setengah jam dengan pelbagai topik perbualan yang diselangi dengan gurau senda. malah ia berlaku dengan permintaan suami. Seorang wanita boleh menjawab telefon seorang lelaki dengan penuh gelak ketawa di hadapan sang suami.
Inilah bala yang mula menimpa umat akhir zaman. Perkara mungkar tidak lagi dianggap mungkar bahkan mungkin dianggap makruf oleh sebahagian umat Islam.Malah yang mungkar itu yang disuruh. Yang makruf akan dilarang. Jika ditegur perlakuan salah, akan ada yang berkata; apa salahnya lelaki keluar minum dengan wanita rakan sepejabat. APA SALAHNYA? MEMANG SALAH! TAPI YANG SALAH DIANGGAP MAKRUF.
Baginda Rasulullah saw pernah menimbulkan persoalan ini:
كَيْفَ أَنْتُمْ إِذَا لَمْ تَأْمُرُوا بِالمَعْرُوفٍ وَلَمْ تَنْهَوْا عَنْ المُنْكَرٍ ؟ قَالُوا : وَكَائِنٌ ذَلِكَ يَا رَسُولَ اللهِ ؟ قَالَ : نَعَمْ ، وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ وأَشَدّ مِنْهُ سَيَكُونُ ، قَالُوا : وَمَا أّشَدُّ مِنْهُ يَا رَسُولَ اللهِ ؟ قاَلَ : كَيْفَ أَنْتُمْ إِذَا رَأَيْتُمُ الْمَعْرُوفَ مُنْكرًا ، وَرَأَيْتُمُ الْمُنْكَرَ مَعْرُوفًا ؟ قَالُوا : وَكَائِنٌ ذَلِكَ يَا رَسُولَ اللهِ ؟ قَالَ : نَعَمْ ، وَأشَدّ مِنهُ سَيكُونُ ، قَالُوا : وَمَا أَشَدُّ مِنْهُ ؟ قَالَ : كَيْفَ أَنْتُمْ إِذَا أَمَرْتُمْ بِالْمُنْكَرِ ، وَنَهَيْتُمْ عَنِ الْمَعْرُوفِ ؟ قَالُوا : وَكَائِنٌ ذَلِكَ يَا رَسُولَ اللهِ ؟ قَالَ : نَعَمْ ، وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ وَأَشَدّ مِنْهُ سَيَكُونُ ...))
maksudnya:"Bagaimanakah keadaan kamu apabila kamu tidak lagi menyuruh melakukan makruf dan tidak mencegah kemungkaran? Sahabat bertanya: adakah ia akan berlaku? Baginda menjawab; Ya, demi jiwaku yang berada di tanganNya malah yang lebih dahsyat lagi pun akan berlaku> mereka bertanya; apakah yang lebih dahsyat itu? baginda menegaskan; bagaimanakah keadaan kamu apabila kamu melihat yang makruf itu sebagai mungkar dan yang mungkar pula sebagai makruf. mereka bertanya; adakah ia berlaku ya rasulillah saw? baginda menjawa; ya, malah yang lebih dahsyat lagi pun akan berlaku. mereka bertanya; apakah yang lebih dahsyat itu? baginda menjawab; bagaimanakah keadaan kamu apabila kamu menyuruh melakukan yang mungkar dan mencegah perkara yang makruf. Sahabat bertanya; adakah ia berlaku ya Rasulallah saw? Baginda menjelaskan; ya malah lebih dahsyat lagipun akan berlaku....
kenapa ini berlaku? Bagi saya inilah kejayaan media massa menerusi tv dan akhbar yang telah berjaya mempromosi gaya hidup yang menjadikan hubungan bebas lelaki dan perempuan yang bukan mahram sebagai satu keperluan bersosial demi membina tamadun kononnya. Justeru, apakah jihad utama kita hari ini?
jawabnya ialah menguasai media-media ini untuk meminimakan impak negatifnya sekiranya menghalangnya secara total di luar kemampuan. Setiap orang perlu bertindak dalam ruang lingkup kemampuannya samada sebagai pemimpin yang berkuasa, atau rakyat yang boleh bersuara.

Friday, 9 January 2015
Wednesday, 10 December 2014
Sunday, 16 November 2014
PENGAMBILAN PELAJAR DARUL FUQAHA DIBUKA
PENGAMBILAN PELAJAR DARUL FUQAHA DI BUKA
Sekolah merupakan institusi pendidikan awal yang akan mencorak manusia pada masa hadapan. Justeru, perjalanan institusi pendidikan ini perlu dijalankan dengan penuh hati-hati dan bertanggungjawab bagi melahirkan manusia yang nanti boleh menyumbang kepada tamadun manusia dan menepati matlamat penciptaan manusia oleh Allah Subhanahu wa Taala.
Darul Fuqaha merupakan institusi pendidikan Islam yang menyediakan pendidikan bersepadu menggabungkan tiga kurikulum utama, iaitu Hafazan al-Quran, Sukatan Pendidikan Agama dan Sukatan Pengajian Akademik. Ia diasaskan pada 2004 oleh Ust Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri. Ia mempunyai 3 institusi utama iaitu Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha untuk pelajar menengah, Sek Rendah Islam Pintar Tahfiz untuk peringkat rendah dan Kulliyatul Fuqaha untuk pengajian Islam peringkat tinggi.
Sesi Pengajian
Sesi pengajian di peringkat menengah dan rendah bermula seawal jam 5 pg dan berakhir jam 9 mlm dengan penekanan kepada kewajipan Solat Berjamaah dan pembinaan sakhsiyah yang mulia.
5 am - 7 am Hafazan Quran
8 am - 11 am Hafazan Quran
11 am - 5 pm Akademik
7 pm - 9 pm Hafazan al-Quran
Pengajian adalah percuma kepada Anak-anak Yatim dan dengan yuran berpatutan kepada masyarakat awam.
Pengambilan pelajar untuk Tingkatan 1 & Tahun 1-6 dibuka untuk pendaftaran dan sesi temuduga. Sila hubungi
1. Ust Azlan 0192677703
2. Ust Zulkarnain 0197722267
3. Datin Anili 0192665048
Pendaftaran pelajar Kulliyatul Fuqaha untuk lepasan SPM dan STAM sedang dibuka untuk 20 orang sahaja. Sila hubungi Ust Harme 0192121972
KURIKULUM & KOKURIKULUM
Kurikulum dan Ko-Kurikulum Darul Fuqaha mensasarkan objektif berikut
1. Penguasaan Hafazan al-Qur’an
2. Penguasaan kefahaman dan amalan agama
3. Pembentukan nilai akhlak
4. Penguasaan akademik.
5. Penguasaan Bahasa
6. Penguasaan Teknologi Maklumat
Sekian. Terima kasih
Subscribe to:
Posts (Atom)